Karier kelab Massimo_Luongo

Tottenham Hotspur

Luongo dilahirkan di Sydney. Luongo menyertai Tottenham Hotspur pada bulan Januari 2011 selepas menjalani ujian percubaan. Dia kemudiannya membuat sembilan penampilan untuk pasukan bawah-18 ketika musim 2010-11 Liga Perdana Inggeris Akademi, menjaringkan tiga gol. Dia membuat satu-satunya penampilan untuk pasukan utama pada 20 September 2011 ketika kekalahan 7–6 menerusi sepakan penalti kepada Stoke City dalam Piala Liga, menggantikan Sandro selepas 70 minit.[3] Luongo gagal menyempurnakan penalti ke-8 Tottenham menyebabkan kekalahan mereka.

Pada 23 Julai 2012, Luongo menyertai kelab Championship, Ipswich Town secara pinjaman sebulan untuk musim 2012–13.[4] Perpinjaman itu dibatalkan pada 9 November selepas pengurus baru Ipswich, Mick McCarthy berkata dia mahukan seorang 'pemain dengan jenis yang berbeza'.[5]

Swindon Town

Pada 28 Mac 2013, Luongo menyertai Swindon Town secara pinjaman bersama-sama pelatih Spurs, Nathan Byrne dan Dean Parrett.[6] Keesokan harinya, dia terus berada dalam skuad untuk berhadapan dengan Oldham dan bermain 90 minit penuh ketika seri 1–1.[7]

Luongo menjaringkan gol pertamanya untuk Swindon ketika kemenangan 4–1 ke atas Crewe. Dia sekali lagi menjaringkan gol ketika seri 1–1 dalam perlawanan play-off separuh akhir Liga Satu menentang Brentford.

Luongo menyertai Swindon Town secara pinjaman semusim pada 2 Julai 2013 dan diberi jersi bernombor 4.[8] Walau bagaimanapun, pada 31 Ogos 2013, Swindon menandatangani Luongo secara tetap atas kontrak selama tiga tahun selepas bersetuju dengan yuran sebanyak £400,000 kepada Spurs.[9]

Rujukan

WikiPedia: Massimo_Luongo http://www.socceroos.com.au/player/massimo-luongo/... http://www.theaustralian.com.au/sport/football/tim... http://www.therealgame.com.au/news/football-news/3... http://www.abc.net.au/news/2014-12-23/socceroos-un... http://www.fifadata.com/document/fwc/2014/pdf/fwc_... http://au.soccerway.com/players/massimo--luongo/20... http://www.tottenhamhotspur.com/players/reserves/m... http://www.tottenhamhotspur.com/spurs/News/massimo... http://www.rte.ie/sport/soccer/worldcup/2014/0603/... http://news.bbc.co.uk/sport2/shared/bsp/hi/footbal...